Program ini telah diadakan pada 13 Mac 2019.Objektif program adalah untuk
memberi motivasi dan dorongan kepada murid-murid supaya lebih berminat untuk membaca. Ianya juga adalah untuk membina jaringan dan jalinan antara sekolah dengan pihak luar demi kepentingan pelajar-pelajar SK Padang Air. Antara objektif lain program ini juga adalah untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan supaya dimanfaatkan oleh pelajar dan pihak sekolah.
Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut. Di antaranya adalah pertandingan mewarna, pertandinagn membina perkataan, pertandingan susun suai kulit buku, pertandingan rantai kata kulit buku dan pertandingan radio buruk.