Yang diraikan Sir Zol Nadzruddin bin Mansor dilahirkan pada 5 Mac 1959 di Kampung Duyung Besar, Kuala Nerus. Beliau merupakan anak kepada Mansor bin Abdullah dan Hajah Akmah binti Haji Abdullah. Beliau adalah anak ke 3 daripada 7 orang adik beradik.
Sir Zol telah mendapat pendidikan awal di SK Kampong Rahmat, Chalok Besut (darjah 1-2), SK Pasir Panjang (darjah 3), SK Pusat Bukit Besar (darjah 4-6) manakala bersekolah menengah di SM Sultan Sulaiman. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di ITM Dungun/Shah Alam dalam bidang IndustrialDesign Engineering dan seterusnya ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit.
Sepanjang tempoh perkhidmatan selama 33 tahun beliau telah berkhidmat di 2 buah sekolah. SK Tok Jiring (Januari 1987-April 2007) dan SK Padang Air (16 April - 5 Mac 2019).
* Tarikh Majlis : 3 Mac 2019