Yang diraikan Cikgu Hasenah Binti Mohamad dilahirkan pada 26 Julai 1963 di Kampung Batu 6, Kuala nerus. Beliau merupakan anak kepada Encik Mohamad bin Ghani dan Puan Lijah binti Long. Beliau adalah anak kedua daripada 6 orang adik beradik.
Cikgu Hasenah mendapat pendidikan awal di SK Tok Jiring dan bersekolah menengah di SMK Ibrahim Fikri. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ipoh, Perak. Beliau mula berkhidmat sebagai pendidik pada usia 26 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau telah berkhidmat di 5 buah sekolah. Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Batu 29, Setiu (1989), SK bukit Tok Beng (1992), SK Tanjung Lumpur, Kuantan (1994), SK Pulau Rusa (1997) dan akhir sekali SK Padang Air (2014).