Social Icons

Isnin, 29 Oktober 2018

MAJLIS PERSARAAN "SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH" PKKO



                  Yang diraikan Cikgu Che Azman bin Che Mukhtar merupakan anak Hj Mukhtar bin Abdullah dan Puan Hjh Ara binti Abdullah. Beliau dilahirkan di Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu, pada tanggal 25 Oktober 1958 dan merupakan anak ke 7 daripada 9 orang adik beradik.. Beliau menpunyai seorang isteri bernama Cikgu Salwati binti Hamzah dan dikurniakan seramai 4 orang puteri.
                 Beliau mendapat pendidikan awal di SK Losong dari tahun 1965 hingga tahun 1970 dan menyambung pelajaran ke SM Tengku Bariah dari tahun 1971 hingga tahun 1976 dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan menyambung pelajaran tingkatan 6 di SMK Sultan Sulaiman pada tahun 1977. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Teknik Cheras , Kuala Lumpur dari tahun 1978 hingga tahun 1980.
                Beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru pada tahun 1980 di SMKJ Sung Siew, Sandakan, Sabah sehingga tahun 1984. Selepas pulang dari Sabah beliau telah berkhidmat di  buah sekolah di daerah Kuala terengganu. Sekolah beliau yang terakhirsebelum menjejakkan kakinya ke SK Padang Air pada 26 April 2017, beliau telah bertugas di SK Kampung Tengah sebagai guru penolong kanan kokurukulum selama 6 tahun dan akhir sekali menamatkan baktinya di Sekolah ini pada tanggal 24 Oktober 2018. Di sinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan beliau sebagai seorang guru  selama lebih kurang 38 tahun.
               Sejak tahun 1986 hingga 1994, beliau merupakan penolong setiausaha daerah MSSDKTU. Selain itu beliau juga merupakan pengerusi teknik memanah negeri selama 6 tahun bermula tahun 1994 hingga 2010. Pada tahun 1996-2010 beliau juga dilantik sebagai ketua hakim memanah MSSM. Pada tahun 1994-1996 beliau juga dilantik sebagai jurulatih tunas harapan. Seterusnya beliau dilantik sebagai jurulatih Sukma Terengganu pada tahun 1996-2002. Beliau juga diamanahkan sebagai pengurus pasukan Sukma pada tahun 1998-2004. Beliau juga diberi kepercayaan sebagai pengerusi statistik memanah bagi kejohanan Sport Excell Sukma. Akhir sekali penglibatan beliau dalam persatuan memnah negeri Terengganu sebagai pengerusi pada tahun 1996-2006.

*TARIKH MAJLIS : 24 OKTOBER 2018