Program Jom ke Sekolah merupakan program
kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) di semua sekolah KPM.
Komitmen antara pihak KPM
melalui peranan sekolah dan pihak PDRM
membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaaan undang-undang dan mencegah salah dalam kalangan murid.
Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep Sekolah Selamat dan Amalan
Guru Penyanyang. Kehadiran PPS melalui program
Jom ke Sekolah pada awal tahun persekolahan ini diharapkan akan dapat menjadi medan ke arah
membentuk sahsiah diri murid yang positif.
Objektif:
1 -
Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi
yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS
- Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral dalam atau luar sekolah.
- Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral dalam atau luar sekolah.
3 - Melancarkan Buku Panduan PPS
untuk digunapakai oleh sekolah dan PDRM.
PERASMIAN OLEH : PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS)
KOPERAL ZAMZAM BINTI MUHAMAD
KOPERAL ZAMZAM BINTI MUHAMAD
( (Gambar boleh didapati di dalam GALERI AKTIVITI)