Social Icons

Ahad, 5 Mei 2019

PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM SKPA 2019





                   Perkhemahan Unit Beruniform adalah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan,mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru.
                   Pada tahun ini,Unit Kokurikulum SK Padang Air sekali lagi diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan semua murid tahap 2 iaitu murid-murid Tahun 4,5 dan 6.
                  Dengan semangat dan keyakinan,adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnyaAdalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri merekaDisamping menimba pengalaman,perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru

Matlamat:
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan 
Kebangsaan,maka  program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk  pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsanegara dan agama.Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasanmempunyai  imej kendiri positifberakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsipprinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi,menghargai dan mencintai nilainilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

Objektif:
1   Mendedahkan para peserta kepada aspekaspek asas perkhemahan.
Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
Melatih para peserta melaksanakan aktiviti – aktiviti kehidupan sehariansecara teratur  
    dan berdisiplin
Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihanlatihan lasak dan mencabar.
Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing – masing
     dalam bidang kesenian dan kebudayaan
Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukunrukun beragama dan
    kehidupan bermoral
                       
TARIKH : 16-18 APRIL 2019