Pada tahun ini SKPA telah berjaya mengadakan hari kokurikulum. Program kali ini telah berlangsung pada 10/10/2018 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Di antara program yang di jalankan adalah jualan pelbagai jenis masakan dan makanan. Ianya telah diambil bahagian oleh 5 kiosk/gerai yang mana terdiri daripada kiosk/gerai Sains/Math, Bahasa Melayu, Agama Islam, Bahasa Inggeris dan Pra sekolah. Program hari kokurikulum pada tahun ini telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.