Dimaklumkan bahawa kejadian kes demam denggi telah meningkat dengan mendadak di negeri Terengganu terutamanya di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Sehubungan dengan itu satu program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah telah diadakan demi membasmi pembiakan aedes. Dibahagikan kepada empat kawasan iaitu kawasan hadapan sekolah, di belakang makmal komputer, di antara bangunan sekolah, belakang kantin dan juga surau sekolah. Semua murid, guru serta kakitangan sekolah memberi kerjasama dalam program ini.